Monday, November 7, 2011

peringatan bersama

"dunia adalah milik ALLAH SWT..dunia juga merupakan ujian terbesar buat manusia dimana dalam nya terdapat pelbagai racun yang boleh membinasakan diri kita..kerana dunia ini jugalah yang membezakan siapa kita disisi ALLAH,dimana hala tuju kita selepas meninggalkan dunia yang fana ini dan di bahagian manakah kita akan mengambil buku amalan kita nanti samaada di kiri ataupun di kanan.." Dunia ni hanyalah sebagai tempat persinggahan kita yang mana akhirnya dunia ini juga akan musnah luruh dan digantikan dengan dunia yang baqa'.. "janganlah kamu berkira-kira dengan dunia nescaya dunia akan tidak akan menjadi milik kamu jika kamu lupakan dunia walaupun sebentar nescaya dunia akan datang kepada kamu sebagai ujian keatas kamu..penawar bagi dunia adalah ketaqwaan terhadap ALLAH..marilah kita sama bertaqwa agar kita ni ditempatkan bersama orang-orang yang disayangi ALLAH...

Dunia

dalam dunia ini kita tidak selalunya memiliki apa yang kita impikan..ini kerana tidak semua yang kita impikan itu baik untuk kita..kadang2 pekara yang kita tidak impikan itu menjadi hadiah paling berharga pada kita,mungkin manfaat yang kita dapat tu bukan sekarang tapi pada masa akan datang..Disebalik yang berlaku itu adalah hikmah bagi kita..sesungguhnya PENCIPTA kita lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita dan DIA merancang sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di hati kita..ALLAH menjadikan kita daripada tanah,daripada tanah terciptanya Adam dan daripada Adam lahirlah kita..ALLAH maha mengetahui pekara2 yang berlaku keatas makhluknya..